BERPENGALAMAN LEBIH 16 TAHUN MENGENDALIKAN PERKIHDMATAN MEMBAWA JEMAAH KE TANAH SUCI MAKKAH DAN MELAKSANAKAN IBADAH UMRAH

Syarikat As-Siraj Haj Umrah Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan mengerjakan Umrah dan Haji pada setiap tahun. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 dengan didaftarkan di atas nama As Siraj Haj Umrah Services dengan kerjasama bebeapa syarikat travel yang lain. Dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan, dalam tahun 2005 ia telah ditukarkan kepada As-Siraj Haj Umrah Travel & Tours Sdn Bhd. Dengan penubuhan ini maka pihak syarikat boleh mengendalikan operasi perniagaan dengan lebih tersusun dan lancar. 

 

Syarikat mempunyai sijil yang perniagaan yang sah dari Bumitra Malaysia dan menjalankan perniagaan Inbound dan Outbound Tours. Pada setiap bulan hampir 50 orang jemaah umrah telah mendaftarkan diri untuk melaksanakan Umrah dan juga persiapan untuk mendaftar Haji supaya perjalanan lebih teratur. Kami juga ada melaksanakan Badal Haji pada setiap tahun bagi sesiapa yang ingin mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya di sebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.

PEJABAT AS-SIRAJ:

2752 B (2nd Floor),

Jalan Changkat Permata (In Front Giant), Taman Permata,

53300 Ulu Klang, Kuala Lumpur,

Malaysia

 

WAKTU PEJABAT:

Isnin - Jumaat  9 Pagi - 5.00 Petang

Sabtu                9 Pagi - 1.00 Tengahari                 

Sebarang Pertanyaan?

Tel : 03 - 4108 7519 / 03 - 4162 4786

Fax: 03 - 4147 1920

Email: assirajmusthafa@yahoo.com.my

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

Page Visitor: