• AS-SIRAJ HAJ UMRAH TRAVEL

Kes Penipuan Umrah Semakin Berleluasa di Malaysia

Ramai bakal jemaah Umrah yang tidak tahu sebenarnya banyak travel agency di Malaysia yang boleh mengatur dan membawa anda ke tanah suci dengan lebih mudah dan selesa. Di Malaysia hampir beratus syarikat berdaftar telah mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) dan boleh menguruskan jemaah untuk ke tanah suci Makkah. Namun, mengapa rakyat Malaysia di luar sana masih tertipu dengan travel agent yang tidak berdaftar malah tidak wujud syarikat yang mereka katakan.





Dimana silapnya jika ramai jemaah terkandas di KLIA? Di Makkah atau Madinah? Dan ada juga yang tertipu sebelum berangkat lagi. Di mana silapnya jika perkara sebegitu berlaku? Kita juga tidak boleh salahkan sesiapa kerana jika lihat dari sudut positif, semua orang memainkan peranan penting termasuklah jemaah umrah. Jadinya saya akan kongsikan tips untuk bakal-bakal jemaah umrah sekalian supaya "Alert" dan peka serta share ilmu ini bersama-sama sahabat2 lain supaya Kes-kes seperti ini dapat dibendung, Insyaallah.


TIPS BERGUNA KEPADA BAKAL JEMAAH UMRAH SUPAYA TIDAK TERTIPU:


1. TRAVEL AGENCY SAH

Sebelum anda tercari-cari siapakah? dimanakah? bagaimanakah? Untuk check atau pastikan syarikat-syarikat yang berdaftar ini wujud dan sah. Mudah sahaja, anda boleh layari di laman web MOTAC (Kerajaan, Kementerian Pelancongan). Disitu ada banyak senarai nama syarikat-syarikat Umrah berdaftar dibawah kementerian pelancongan. Insyaallah anda boleh teruskan daftar Umrah bersama syarikat pilihan anda setelah check dan pastikan kewujudan syarikat tersebut.

http://www.motac.gov.my/en/semakan/umrah

http://www.motac.gov.my/en/semakan/umrah-sub


2. UMRAH SPONSOR ATAU UMRAH MURAH

Jangan hanya percaya pada iklan-iklan Umrah "DI SPONSOR ATAU TERLALU MURAH" seperti flyers atau di whatsapp. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika anda dapat iklan seperti ini, pastikan dahulu syarikat itu berdaftar atau tidak. Akhir tahun lepas hampir 570+ jemaah terkandas dan ramai juga tertipu pada satu-satu masa. Makin menjadi-jadi orang yang menipu ini sampai tiada rasa takut dengan Allah dan balasan hari akhirat. Sebab itu jemaah harus ambil tahu jika ingin menunaikan Umrah jangan ambil pakej terlalu murah atau dikatakan ada orang ingin sponsor. Siapa yang baik sangat untuk sponsor beratus jemaah itu? Jika benar tolong pastikan status kewujudan syarikat.


3. MINIMUM RM4900

Harga minimum pakej Umrah yang kerajaan tetapkan untuk setiap iklan dan tawaran untuk pakej umrah adalah tidak kurang dari RM4900. Untuk pengetahuan pembaca sekalin, RM4900 ini adalah harga minimum. Namun jika ada yang masih jual pakej Umrah pada harga ini, kebarangkalian pakej itu mungkin bilangan harinya sedikit sahaja, contoh 10 hari 09malam atau 08 malam sahaja. Kemungkinan juga hotelnya agak jauh. Jadi semua ini haruslah diambil tahu supaya jangan sampai ditanah suci baru nak tanya hotel kenapa jauh? kenapa itu? kenapa ini? dan pelbagai lagi complaint. Sebab itu sebelum bersetuju untuk ambil pakej murah atau mahal, pastikan anda tahu apa yang disediakan pada setiap pakej Umrah.


4. TIPS MELIHAT IKLAN DI MEDIA SOCIAL

Salah satu tips untuk melihat iklan di medial social; Facebook, Instagram atau Whatsapp, sekarang ini kerajaan telah sarankan kepada travel-travel agency untuk meletakkan Nama penuh syarikat pada setiap iklan beserta no.pendaftaran syarikat dan LKU. Tambahan juga dengan alamat syarikat namun, ada ramai lagi travel agency belum meletakkan alamat syarikat pada setiap iklan. Jadinya sebelum daftar pastikan ada tulis no.pendaftaran syarikat di iklan tersebut.


5. CARA MEMIILIH PAKEJ UMRAH

Tambahan Tips- Pilih pakej yang betul bersesuaian dengan apa yang anda mahukan. Jika anda daftar pakej yang murah seperti yang saya katakan, kemungkinan hotelnya agak jauh dan penerbangan yang biasa-biasa sahaja. Contoh pakej Murah adalah dari harga RM5690-RM4900. Hotel juga agak jauh berbanding pakej biasa. Jarak hotel bagi pakej murah dari 750m-350m. Penerbangan semuanya sama sahaja sebenarnya, kemungkinan samada selesa ataupun tidak didalam flight itu sahaja. Untuk pakej murah biasanya akan naik AirAsiaX atau Mas Airlines. Tapi bergantung kepada travel agent untuk tentukan setiap pakej Umrah khas untuk memberikan keselesaan kepada setiap jemaah.



Pakej-pakej seperti ini bagus untuk memudahkan ramai jemaah yang ingin pergi dengan harga murah dan berpatutan. Sesetengah jemaah tidak kesah asalkan dapat ke tanah suci dan dapat menunaikan ibadah Umrah dengan khuyuk dan mabrur. Namun setiap pilihan pakej ada kelebihan dan kekurangannya. Sebab itu, adanya pakej mahal/premium, pakej biasa/ekonomi dan juga pakej murah/super jimat.


*Saya ingin sarankan jangan pula jemaah umrah hanya fokus dan pergi kepada satu travel agency sahaja. Mungkin kita boleh cuba untuk menggunakan servis syarikat lain untuk mencari pengalaman dan keselesaan sepanjang menunaikan ibadah Umrah. Semua orang akan diuji oleh Allah SWT. Sebab itu, pengalaman ditanah suci berlainan untuk setiap hamba Allah didunia ini. Jadi jangan merungut, jangan mengeluh, banyakkan Istighfar dan berdoa supaya dipermudahkan segalan urusan, Insyaallah. Kita pergi ke tanah suci untuk beribadah dan dapat melihat keindahan Islam dan ciptaan Allah. Dapat lihat Kaabah. Dapat lihat Makam Rasulullah SAW serta para sahabat baginda. Itu semua sudah cukup dari segala-galanya, kerana apa? Ramai lagi umat Islam diluar sana bersusah-payah untuk mengumpul duit pergi Umrah, ada juga yang Allah uji dengan tidak jadi untuk menunaikan ibadah Umrah disaat-saat akhir. Jadi, itu semua takdir dan ujian dari Allah SWT. Kita sebagai hambanya haruslah berusaha perbaiki diri kita menjadi yang lebih baik, Insyaallah.







PEJABAT AS-SIRAJ:

2752 B (2nd Floor),

Jalan Changkat Permata (In Front Giant), Taman Permata,

53300 Ulu Klang, Kuala Lumpur,

Malaysia

 

WAKTU PEJABAT:

Isnin - Jumaat  9 Pagi - 5.00 Petang

Sabtu                9 Pagi - 1.00 Tengahari                 

Sebarang Pertanyaan?

Tel : 03 - 4108 7519 / 03 - 4162 4786

Fax: 03 - 4147 1920

Email: assirajmusthafa@yahoo.com.my

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

Page Visitor: