• AS-SIRAJ HAJ UMRAH TRAVEL

COVID-19 UJIAN ATAU BALA




Assalamualaikum wbt, Semoga hari ini kita semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat.

Tajuk kita pada hari ini adalah mengenai wabak yang sedang melanda dunia iaitu Covid-19. Adakah Covid-19 ini dianggap sebagai Ujian atau Bala? Ya, setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya begitu juga dengan wabak Covid-19. Salam takziah juga kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Al-fatihah.


Krisis pandemik Covid-19 bukan sahaja terjejas disebabkan penularan wabak kepada manusia, malah krisis kepada ekonomi setiap negara yang terkesan. Tambah lagi kami sebagai travel agensi tidak dapat membuat pakej ke luar negara kerana wabak Covid-19 masih aktif di kebanyakkan negara. Penularan wabak ini sangat dasyat dengan izin Allah SWT, dunia berasa berhenti seketika dan menginsafkan umat manusia yang mungkin alpa dengan dunia. Norma kehidupan juga sudah berbeza dan tidak seperti dahulu. Sampai bilakah ianya akan berlarutan? Adakah kita akan hidup dengan norma baharu dan cara baharu tidak bebas seperti dulu? Apakah akan berlaku pada masa akan datang? Adakah kiamat semakin hampir?


Semua tanda tanya ini hanya Allah SWT sahaja Maha Mengetahui segala-galanya. Kita sebagai umat Islam haruslah berfikiran positif dan meneruskan kehidupan dengan sebaiknya.

Setiap manusia ada naik dan turun cabaran hidup. Janganlah kita berputus asa malah sentiasa dekatkan diri dengan Allah SWT dengan cara:

  1. Jaga solat.

  2. Perbanyakkan berzikir.

  3. Perbanyakkan berdoa.

  4. Membaca Al-Quran.

  5. Mempelajari & mempraktikkan Ilmu agama.

dan banyak lagi nilai-nilai positif yang dapat kita gunakan untuk kehidupan seharian.


Ada 3 sebab mengapa Allah SWT turunkan ujian kepada manusia:

  1. Allah SWT tahu kita mampu atasinya.

  2. Allah SWT nak bersihkan dosa-dosa kita.

  3. Allah SWT nak kita lebih dekat kepada-Nya.

Dalam saat umat manusia yang lain sedang dalam kesusahan, ketika inilah kita harus membantu mereka. Sekarang kita bantu orang lain dalam kesusahan, akan datang Allah SWT bantu dan berikan kita rezeki yang lebih luas, Insyaallah. Walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan, namun berusahalah untuk mencari potensi diri, di saat berdepan dengan sebarang kesulitan. Hakikatnya, kita pasti mampu berhadapan dengan ujian yang diberikan oleh Allah. Hal ini demikian kerana Allah telah berjanji untuk tidak membebankan hamba-Nya, melainkan sesuai dengan kemampuan seseorang hamba tersebut.


Dengan kesempatan ini, kami di As-Siraj Haj Umrah Travel mempunyai pelbagai pakej dalam negara dengan aktiviti-aktiviti lawatan menarik menanti anda!

  1. Jualan promosi voucher hotel (Lexis Port Dickson, Port Dickson, Langkawi, Penang, Melaka, & banyak lagi).

  2. Pakej domestik (Port Dickson, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Selangor, Perak & banyak lagi). "Coming soon"

  3. Hotel booking.

  4. Transportation.

  5. Pakej keluarga "custom".

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian dibawah:

Pejabat- 03-4108 7519

Fatimah- 019-349 7146


Website: www.assirajtravel.com

Facebook: https://www.facebook.com/assirajtravel/

Instagram: https://www.instagram.com/assirajtravel/

.

AS-SIRAJ HAJ UMRAH TRAVEL & TOURS SDN BHD (HQ)

(KPK/LN:4547)

2752 B (Tingkat 2), Jalan Changkat Permata, Taman Permata, (Dihadapan Giant), Ulu Klang 53300 Kuala Lumpur.


#StaySafe #KitaJagaKita #JomMelancong #PakejMalaysia #PakejMelancong


PEJABAT AS-SIRAJ:

2752 B (2nd Floor),

Jalan Changkat Permata (In Front Giant), Taman Permata,

53300 Ulu Klang, Kuala Lumpur,

Malaysia

 

WAKTU PEJABAT:

Isnin - Jumaat  9 Pagi - 5.00 Petang

Sabtu                9 Pagi - 1.00 Tengahari                 

Sebarang Pertanyaan?

Tel : 03 - 4108 7519 / 03 - 4162 4786

Fax: 03 - 4147 1920

Email: assirajmusthafa@yahoo.com.my

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

Page Visitor: